Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa Jiwa Bangsa

Monday, September 8, 2014

Hari Malaysia

selamat-hari-malaysia
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Monday, September 1, 2014

Tunku Abdul Rahman-Bapa Kemerdekaan






Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negaramasyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yangmempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan TanahMelayu pada zaman beliau di samping memegang jawatan sebagai Perdana MenteriMalaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politikiaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yangberwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan TunkuAbdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting.Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaanTanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan perananpenting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan.Kebolehan serta kebijaksanan yang beliau miliki membolehkan negara kita mendapatkemerdekaan hanya melalui perundingan tanpa menumpahkan setitis darahpunsebagaimana yang yang berlaku di negara-negara jiran. kewibawaan Tunku yang berjayamenyatukan penduduk negara ini yang terdiri daripada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. 

Penyatuan ketiga-tiga kaum tersebut di bawah pimpinan Tunkutelah memberi keyakinan kepada pihak penjajah British untuk memberi kemerdekaankepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957. Kejayaan beliau mendapatkankemerdekaan untuk negara telah mengangkat nama beliau sebagai seorang pemimpinyang unggul dan tersohor. 

Atas kejayaan beliau mendapatkan kemerdekaan TanahMelayu telah mengangkat nama beliau sehingga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan danBapa Malaysia”. Inilah imej Tunku Abdul Rahman yang telah dikenali umum dalamkalangan rakyat Malaysia.

Berikut kami sediakan video tentang detik-detik kemerdekaan negara Malaysia.



Latar Belakang Kemerdekaan






Tarikh 31 Ogos 1957,jam 12 malam menjelang hari yg disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling bersejarah.Ia menandakan berakhirnya dilemma zaman penjajahan tentera British terhadap negara kita, Malaysia (sebelum ini Malaya). Tarikh keramat itu disambut dgn laungan dan pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil drpd perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dlm menuntut kemerdekaan tanah melayu.

Di hari yang bertuah itu,sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat tlh berkumpul di padang Kelab Selangor dan kawasan sekitarnya yang bergemelapan dgn cahaya lampu yg berwana-warni utk menyertai upacara menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia.

Sebaik sahaja jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad berdenting sebanyak 12 kali, teriakanMERDEKA! Berkumandang di udara dan detik ini bermulalah sejarah baru tanah air yg merdeka.

Menjelangnya tarikh 31 Ogos 1957, persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu tlh dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain tlh dihiasi dgn bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf ‘MERDEKA'.

Perayaan menyambut kemerdekaan di Kuala Lumpur telah diadakan selama 11haru mulai dari 29 Ogos hingga 7september 1957 .

Susunan aturcara rasmi perayaan merdeka itu dimulakan dgn upacara menyambut keberangkatan tiba yang Teramat Mulia Duke dan Duchess of Glocester serta puteranya,Prince William.Pada hari Khamis,29 Ogos 1957,dua hari sblm tarikh perayaan Kemerdekaan itu disambut ,Duke Duchess ofGlocester serta puteranya tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur .Dyke of Glocester,ialah bapa saudara kepada Queen Elizabeth dan beliaulah yg menjadi Pegawai Peribadi Baginda Queen did lm perayaan merdeka dan utk tujuan menyerahkan surat perlembagaan bagi menarik balik kuasa British menaungi Negeri-Negeri Melayu dan Kedaulatan Mahkota British ke atas Pulau Pinang dan Melaka, kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,Tunlu Abdul Rahman Putra Al-Haj,di dalam istiadat Perisytiharaan Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 .

Pada keesokan harinya, iatu hari hari Jumaat 30Ogos 1957, perayaan di Kuala Lumpur terus disambut dgn penuh meriah .Selain drpd Majlis doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid ,turut menjadi detik penting dlm sejarah Negara ialah pembukaan rasmi Stadium Merdeka.Selaindrpd menjadi gelanggang sukan Negara ia juga dijadikan tempat perisytiharaan kemerdekaan .Upacara pembukaan rasmi Stadium Merdeka itu tlh diadakan pada jam 8:15 pagi dgn dilangsungkan pertunjukan senaman beramai-ramai murid-murid sekolah.

Sunday, August 31, 2014

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Latar BelakangBermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).
Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 
Tujuan Utama
  • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.