Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa Jiwa Bangsa

KATA DUA DARI CIKGU VT




Salam sejahtera. Selamat datang ke laman blog Cikgu VT. Diharap semua murid - murid dapat menggunakan informasi di laman blog ini dengan penuh mesra. Terdapat banyak sudut - sudut menarik buat murid- murid. Di laman blog utama, Cikgu VT akan memaparkan semua perkara dan peristiwa penting yang berlaku di negara ini seperti Hari Kemerdekaan yang baru berlalu. Murid - murid boleh menjana ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam dengan membaca kandungan ini. Terdapat Sudut Pengetahuan dimana murid - murid dapat mempelajari Bahasa Melayu secara online. Di sudut pengetahuan, Cikgu VT akan memaparkan segala nota yang diajar di kelas. Subjek seperti tatabahasa dan kandungannya boleh diperolehi dalam sudut pengetahuan ini. Selepas membaca nota subjek, murid - murid terus boleh membuat latihan subjek yang baru belajar. Soalan - soalan latihan ini akan dimuat naik oleh Cikgu VT pada bila - bila masa dan murid - murid harus menjawab soalan itu.

Kepada para ibu bapa / penjaga murid - murid, laman blog ini turut memberi manfaat kepada anda dimana para ibu bapa / penjaga boleh mendapatkan informasi terkini yang berlaku di sekolah. Maklumat tentang kokurikulam, kelas tambahan, jadual peperiksaan dan segala urusan antara guru dan ibu bapa penjaga akan turut dipaparkan di laman blog ini. Ibu bapa boleh merujuk sudut "Informasi Kepada Ibu bapa /Penjaga".

Sekian terima kasih.

Cikgu VT

1 comment: